HARAP NAJIB TIDAK TERKEJUT

PPBM dilaporkan akan mengumumkan jumlah keahlian yang berjaya didaftarkannya dalam tempoh dua minggu lagi.

Mukhriz Mahathir sebelum ini mendakwa jumlah keahlian PPBM sudah mencecah angka 500 ribu orang, manakala Anina Saadudin pula mengatakan cetakan borang keahlian peringkat pertama sebanyak 200 ribu sudah habis diedarkan dan memerlulan ia diulang cetak lagi.
Kemudian, pendaftaran secara dalam talian turut sudah berfungsi sepenuhnya. Pendaftaran biasa di seluruh negara juga terus rancak meskipun mendapat pelbagai halangan serta cabaran.

Berapa agaknya jumlah keahlian PPBM yang bakal diumumkan nanti?

200 ribu, 500 ribu atau lebih daripada itu?

Jika Najib Razak pada minggu lalu berbangga mengumumkan pertambahan jumlah keahlian UMNO seramai 6,000 orang, semoganya beliau tidak terkejut apabila PPBM mengumumkan jumlah keahliannya nanti.

Jumlah 6,000 yang dibanggakan Najib itu mungkin masih kecil jika dibandingkan dengan bilangan ahli UMNO sendiri yang keluar parti sejak PPBM diluluskan pendaftarannya.

Blog ini pernah menulis bahawa sekiranya menjelang akhir tahun ini, PPBM dapat mendaftarkan ahli seramai kira-kira 350 ribu atau 10 peratus daripada jumlah keahlian UMNO, ia lebih daripada memadai sebagai isyarat BN sudah menemui titik penamatnya.  (SH 05/10/2016).
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment