
Tidak memiliki anak turut disumbangkan oleh lelaki dan hampir 30 hingga 40 adalah disumbangkan oleh lelaki. Seksual lelaki boleh terus 'produktif' walaupun telah berusia, namun tidak semestinya mereka seorang yang subur. Perokok-perokok mempunyai kualiti dan kuantiti sperma yang tidak sihat.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.
Perbuatan merosakan (merokok) telah menjadi sebab utama mengapa seorang lelaki itu menjaditidak subur, Ini kerana bahan toksik di dalam rokok akan merosakkan sistem reproduksi dan kesuburan anda sebagai seorang lelaki. Menurut pakar perubatan, merokok akan merosakkan air mani (sperma) ini kerana protein dan nutrien dalam air mani telah rosak dan tercemar. Kesan yang lebih ketara untuk perokok tegar dan menjadikan rokok sebagai amalan hidup.

Bahan kimia dalam rokok akan merosakkan dan mengurangkan kecekapan tubuh badan perokok untuk menyerap vitamin dan mineral terutamanya vitamin B12, vitamin E dan zat galian. Kesan rokok berpanjangan menyebabkan tahap hormon kesuburan seorang lelaki dalam penghasilan sperma menjadi rendah, iaitu dari jutaan sperma kepada angka yang menakutkan.
0 comments :
Post a Comment