Bapa Sialan


Seorang bapa tergamak memaksa anak gadis berusia 16 tahun menelan pil menyebabkan mangsa pening sebelum mencabul dan merogol darah daging sendiri.#

Perbuatan durjana lelaki berusia 43 tahun itu berakhir apabila dicekup polis pada jam 4.45 petang di Kampung Bongkud dekat sini selepas mangsa membuat laporan mengenai kejadian yang menimpanya.#

Menurut sumber mangsa yang masih bersekolah mendakwa bapanya mencabul kehormatannya dan merogolnya pada jam 8.30 malam pada 10 Ogos lalu. Mangsa yang juga anak sulung mendakwa kejadian berlaku di rumah mereka.#

DSP Mohd Farhan mengesahkan kejadian itu#

Berdasarkan keterangan, mangsa mendakwa diberi pil oleh ayahnya sebelum berasa pening.#

Dalam keadaan khayal lelaki itu memberitahu mahu 'berbincang' mengenai masalah keluarga lalu membawa mangsa masuk ke sebuah bilik di rumah mereka.#

Sebaik berada di dalam bilik, lelaki itu mencabul dan merogol mangsa. Menurutnya, mangsa yang berada dalam keadaan separuh sedar menyedari perbuatan bapanya.#

Sumber berkata lelaki itu bersama ibu mangsa dipercayai mengalami masalah rumah tangga dan dalam proses perceraian.#

BERITA TERDAHULU:  Lelaki Tempatan Rogol Anak Kandung Ditahan Polis#

Suspek yang tiada pekerjaan tetap direman tujuh hari bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut seksyen 376 (3) kanun Keseksaan. - Dipetik Harian Metro#
Share on Google Plus

About admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment