Pasangan Suami Isteri Tercirit Dapat Surat Saman, Selepas Fitnah Doktor Di Media Sosial


PUTRAJAYA - Padah melemparkan fitnah terhadap seorang pegawai perubatan, pasangan suami isteri kini berdepan dengan tindakan undang-undang jika gagal membuat permohonan maaf secara terbuka di laman Facebook. 

28 Ogos 2016, seorang wanita, Fairus Cda Mohd Nasir, memuat naik status yang mendakwa Doktor Nazihah Hassim telah bertindak kasar dengan mereka. 


"Tadi pegi Klinik Kesihatan Taman Universiti. Suami saya dah demam 3 hari, kemudian ambil darah. Selesai ambil darah, pergi jumpa doktor di bilik 9. Bila minta sijil cuti sakit (MC), kena maki. Sudahlah suami sakit teramat sangat, bukan lakonan. Ini ke etika kedoktoran?" katanya. 

Dakwaan wanita itu kemudian mendapat ribuan Like dan Shares di laman Facebook, menyebabkan netizen memaki hamun kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

Menurut Doktor Nazihah, beliau hanya mengetahui perkara itu setelah dimaklumkan oleh rakan. Merasakan tugasnya dipertikai dan diaibkan sedemikian, Doktor Nazihah kemudian membuat laporan polis.


Dalam laporan polis yang dibuat, Doktor Nazihah mengakui bahawa ada seorang pesakit lelaki Melayu yang datang berjumpa dengannya untuk menerima rawatan. Namun, menafikan telah bercakap kasar atau meninggikan suara. 

"Isteri lelaki tersebut masuk ke dalam bilik saya dan meminta MC dari saya. Kemudian saya kata padanya, kenapa tidak suaminya minta sendiri?" tulisnya dalam laporan polis tersebut. 

Menurut laman The Dressar & Co., Doktor Nazihah memberikan MC itu tanpa ragu-ragu. Tidak lama kemudian, nama doktor berkenaan menjadi viral di Facebook dengan dakwaan yang tidak berasas. 

Doktor Nazihah juga turut merujuk perkara ini kepada peguamnya. Difahamkan pihak peguamnya telah mengeluarkan surat bagi menuntut Fairus Cda membuat permohonan maaf di Faceboook. Malangnya, permohonan maaf yang dibuat oleh Fairus Cda tidak menepati terma dan syarat yang telah diberikan oleh Doktor Nazihah. 



Dalam permohonan maaf Fairus Cda menyatakan seolah-olah perkara itu hanya salah faham sahaja. Tindakan Fairus itu seperti mahu menutup kesalahannya sendiri. 

Malu dengan kesilapan diri, Fairus Cda juga telah membuang gambar dan menukar nama Facebooknya. 

Sehingga kini, Doktor Nazihah masih menunggu permohonan maaf dari Fairus Cda, berdasarkan terma dan syarat yang telah dipersetujui sebelum ini. Bagaimanapun sehingga kini, individu terbabit masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan terbaru di Facebooknya. 

Sementara itu, Doktor Abdul Rahman Abdul Kadir, berkata, sudah tiba Kerajaan memandang serius akan perbuatan membuli penjawat awam terutamanya kakitangan perubaan di media sosial dan membela mereka sewajarnya. 

"Tolonglah ambil tindakan saman terhadap mereka, biar mereka ada akal. Ini juga adalah satu cara mendidik rakyat yang tidak cerdik menyalahgunakan media sosial," katanya. 

Orang ramai tidak sepatutnya menyalahgunakan media sosial dan menjadikan viral sebagai budaya dalam hidup. Harus diingatkan bahawa, perkara yang baik dan bermanfaat tidak salah untuk diviralkan. Namun, perkara yang buruk usahlah diviralkan tanpa usul periksa. Sebaliknya buat aduan menggunakan prosedur yang disediakan. Semoga menjadi pengajaran kepada semua. - The Reporter
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment