Penyelidikan IMR-Malaysia: Daun Betik Pengubat Denggi ?



Umum mengetahui bahawa buah betik adalah kaya dengan vitamin A dan C. Ramai di kalangan percaya bahawa daun betik boleh digunakan sebagai perubatan alternatif untuk merawat demam denggi.
Satu kumpulan penyelidik dari Institute for Medical Research, Malaysia yang diketuai oleh Dr. Soobitha Subenthran telah menemui bahawa just daun betik dapat meningkatkan bilanganplatlet darah di dalam pesakit demam denggi.
Kumpulan tersebut telah bekerjasama dengan Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang bagi melakukan kajian klinikal ke atas 228 pesakit demam denggi dan demam denggi berdarah. Separuh dari pesakit tersebut telah diberikan 50 gram jus daun betik selama tiga hari berturut-turut. Dalam masa yang sama, bacaan bilangan sel platlet darah pesakit-pesakit telah di ambil selama dua hari. Didapati bahawa pesakit yang menerima jus daun betik mempunyai kadar bilangan sel platlet yang lebih tinggi berbanding pesakit yang tidak mengambilnya.
[Baca: Demam Denggi Wabak Membunuh]
Penemuan ini amat penting kerana sehingga kini, kaedah rawatan demam denggi adalah hanya dengan kaedah pemindahan cecair atau darah.
Menurut kumpulan penyelidik tersebut di dalam artikel kajian yang berjudul “Carica papaya Leaves Juice Significantly Accelerates the Rate of Increase in Platelet Count among Patients with Dengue Fever and Dengue Haemorrhagic Fever” terbitan jurnal “Evidence Based Complementary and Alternative Medicine, “Penemuan ini mungkin akan memainkan peranan yang penting di dalam pengurusan demam denggi pada masa akan datang”.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment