Tembelang seorang penarik beca kononnya dia ke Makkah untuk menunaikan haji secara ghaib dengan bantuan jin peliharaannya terbongkar apabila tersilap menceritakan penipuannya kepada pegawai Majlis Ulama Indonesia (MUI) yang menyamar.
Pegawai MUI Rembang diketuai Zainudin Jafar bersama dua ahli jawatan kuasa ke rumah lelaki berkenaan, Kasrin, di Dukuh Gembul, Desa Sumberrejo, Kecamatan Pancur, hujung minggu lalu.
Jawa Pos portal berita Indonesia melaporkan, Zainudin berkata, mereka menyamar sebagai tetamu dan bertanya kepada Kasrin, 60, mengenai pelaksanaan hajinya, rukun serta keadaan di Makkah.
Semua jawapan Kasrin meragukan dan dia juga tidak tahu rukun haji serta mendakwa tidak melihat Kaabah.
Kami kemudian memperkenalkan diri dan menasihati Kasrin supaya tidak menimbulkan keraguan kepada orang ramai, katanya.
Menurutnya, Kasrin terkejut apabila mengetahui mereka dari MUI
Penarik beca itu mendapat gelaran `Haji Mistik selepas dia hilang beberapa minggu sebelum muncul bersama rombongan penduduk yang pulang daripada mengerjakan haji.
0 comments :
Post a Comment