TANDA-TANDA ORANG MEMBELA HANTU RAYA - AWAS - Jin Akan Menuntut Balasan Kepada Tuannya, Apabila Tuannya Mati Perjanjian Syaitan Tersebut Ialah Ianya Penjaganya/Tuan Diwarisi Kepada Anak Cucu Dia. Inilah Yang Dinamakan Saka. CARA KENALI SAKA....

Gambar Sekadar Hiasan
Seorang pendakwah bebas Ustaz Abu Bakar Abdul Aziz berkata ada beberapa tanda boleh dikenal pasti bagi mana-mana individu yang membela hantu raya.
Antara tanda-tandnya ialah :
1. Takut bertentang mata bila bercakap
2. Gementar dan keluh kesah bila berjumpa orang alim
3. Hati sentiasa tidak tenang dan badan sentiasa berpeluh bila berada dalam majlis ilmu
4. Gemar makan bubur kacang merah dan suka jamu orang makan pada malam Jumaat
5. Walaupun usia lanjut tetapi memiliki tenaga luarbiasa bila melakukan kerja-kerja berat
6. Bila keluar rumah tidak akan beritahu kepada ahli keluarga terutama isteri
7. Kerap bawa berpuluh-puluh telur rebus kedalam hutan
8. Bila ada mesyuarat orang ramai akan patuh dan tunduk keputusannnya
9. Mempunyai tenaga seks luar biasa bila bejimak dengan isteri.
10. Kerap bersetubuh.
Ustaz Abu Bakar berkata undividu yang bersahabat dengan hantu raya memperolehi apa hajat dengan bantuan makhluk itu.
(sumber : mingguan warta perdana/jalanakhirat.wordpress.com/)
p/s -  Tujuan orang membela hantu raya, toyol, dan yang sewaktu dengannya adalah untuk meminta pertologan dari hantu aka Jin aka syaitan ini ( hukumnya haram, syirik dan berdosa besar) untuk mencuri duit (kaya), menyihir orang, melindung diri, kebal, kuat, cantik, pelaris, pengasih dll. Semua pertolongan jin ini bukan percuma, jin akan menuntut balasan kepada tuannya, apabila tuannya mati perjanjian syaitan tersebut ialah ianya penjaganya/tuan diwarisi kepada anak cucu dia. Inilah yang dinamakan saka. Saka inilah yang mendatangkan huru hara. Suami isteri bercerai, cepat naik angin, mengalami sakit misteri, dan kadang-kadang menjadi gila.
Walauapa hantu yang diaorang (orang2 yang menyimpang) guna kita sebagai manusia tak perlu takut. Cuma kena berhati-hati dan tahu cara nak mengatasinya. Kita boleh menakutkan hantu ni. Erti kata lain hantu yang takut kita. Amalan untuk menakutkan hantu ialah membaca ayatul  kursi, kalau tak hafal baca surah al Ikhlas, al Falak dan an Nas. Bacalah pagi dan petang. Kalau rumah berhantu atau orang kena rasuk bacakan ruqyah. Kalau susah baca pasangkan kat radio/cd perdengarkan rudyah kat mana hantu tu kacau. Baca/dengarkan bacaan cd kat air putih dan diberi minum orang yang kena rasuk, atau yang ada saka tadi. InsyaAllah hantu/jin itu lari dan kalau degil ia akan mati dengan izin Allah.  Bacaan ruqyah :  KLIK SINI
Kedua, Hantu aka jin syaitan suka menyakat, mengacau, merasuk orang yang kurang membaca Quran. Maksudnya orang yang tak sembahyang, tak baca quran memang lah menjadi kesukaan jin setan dan iblis ni. Dari itu, banyak2lah kita membaca ayat quran kerana jin setan hantu merasa panas apabila mendengar ayat-ayat Allah. Kepada Allah jua kita berlindung dari kejahatan jin syaitan dan manusia. WaAllahu'alam.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment